Menang.
Surah As-Saff
Dan
(ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai
Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan
memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan
datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada
mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:
Ini ialah sihir yang jelas nyata! (6) Dan
tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara
dusta terhadap Allah, sedang dia diajak kepada memeluk Islam dan
(ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang
zalim. (7) Mereka
sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan
mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun
orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (8) Dialah
yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat
petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya
dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang
musyrik tidak menyukainya. (9) Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(10) Iaitu,
kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). (11) (Dengan
itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke
dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta
ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn".
Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan
ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah
dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang
menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13) Wahai
orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama)
Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam
(ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah
penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan
agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!
(Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum
Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan
pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,
maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. / (14)
Comments
Post a Comment